Oct 25, 2011

penat ^"^

Minggu ni minggu yang paling memenatkan seluruh jiwa dan raga, demi persiapan seminar yang bakal berlangsung pada tanggal 9-10 November 2011. Aku sebagai ketua yang dilantik seharusnya menggalas segala tanggungjawab yang telah diberikan. Segala pahit dan getir yang aku lalui ini moga dapat mematangkan diri untuk terus menjadi insan yang berjiwa kental. Urusan naik turun pejabat sedikit sebanyak menyedarkan diriku betapa hipokritnya manusia, dan betapa angkuhnya mereka walhal hanya berjawatan  pembantu tadbir sahaja. Aku bukan hendak merendahkan jawatan mereka, oh jauh sekali, tapi rasa sedih dan kecewa menyelubungi diri, dalam hati aku berdoa agar Allah lindungi aku dari sifat takbur seperti itu. InsyaAllah, perkara inilah yang selalu aku panjatkan dalam doa, agar tidak tergolong dalam golongan manusia yang rugi. Semoga sifat takbur atau meninggi diri jauh dari diriku, kerana sifat ini sangat-sangat dikeji oleh Allah swt. Dan aku berdoa agar mereka mendapat keredhaan Allah swt dan diberikan hidayah untuk menjadi insan atau pekerja yang lebih budiman. 

Sekian, 


 ^__^

No comments:

Post a Comment