Oct 26, 2011

26/10/2011 - Cuti umum sempena Hari Deepavali.


Hari ni cuti, tak kuar gi mana-mana, just stay kat bilik je, memandangkan banyak kerja yang perlu di setlekan. Sambung tugasan semalam yang  terbengkalai, key-in markah pelajar  dan menyemak tugasan mereka.

Sungguh menghiburkan bila membaca hasil tulisan mereka ni. Macam-macam ada. Sangat best, walau kekadang memening dan memenatkan otak untuk berfikir apa yang mereka mahu sampaikan sebenarnya, mungkin aku dah rasa dan alami sendiri sebagaimana cikgu dan pensyarah aku alami sebelum ini ketika menyemak hasil tugasan kami, haha! baru aku tahu bukan senang oi nak bagi markah kat student, persediaan  mental dan fizikal sangat diperlukan. Sungguh mencabar, yelah untuk cuba berlaku adil kepada pelajar. 


Patutla dulu masa di bangku sekolah cikgu begitu berkira untuk menambah markah walau satu markah sahaja diperlukan untuk mendapat gred yang diimpikan. Satu markah itulah yang membezakan hasil kerja pelajar sebenarnya. Tidak adillah jika penambahan markah untuk setiap pelajar yang malas.Betul tak? 




No comments:

Post a Comment