Oct 26, 2011

26/10/2011 - Cuti umum sempena Hari Deepavali.


Hari ni cuti, tak kuar gi mana-mana, just stay kat bilik je, memandangkan banyak kerja yang perlu di setlekan. Sambung tugasan semalam yang  terbengkalai, key-in markah pelajar  dan menyemak tugasan mereka.

Sungguh menghiburkan bila membaca hasil tulisan mereka ni. Macam-macam ada. Sangat best, walau kekadang memening dan memenatkan otak untuk berfikir apa yang mereka mahu sampaikan sebenarnya, mungkin aku dah rasa dan alami sendiri sebagaimana cikgu dan pensyarah aku alami sebelum ini ketika menyemak hasil tugasan kami, haha! baru aku tahu bukan senang oi nak bagi markah kat student, persediaan  mental dan fizikal sangat diperlukan. Sungguh mencabar, yelah untuk cuba berlaku adil kepada pelajar. 


Patutla dulu masa di bangku sekolah cikgu begitu berkira untuk menambah markah walau satu markah sahaja diperlukan untuk mendapat gred yang diimpikan. Satu markah itulah yang membezakan hasil kerja pelajar sebenarnya. Tidak adillah jika penambahan markah untuk setiap pelajar yang malas.Betul tak? 




terima kasih dugaan!

memang lumrah hidup suka dan duka datang dan pergi. Sejak dua tiga hari ini kehidupan aku sudah tidak seperti dulu lagi, aku semakin jauh dari adik aku, dah tak kenal diri dia sebenar, apa sebenarnya yang sedang berlaku pada dia, siapa punca atau dalang disebalik semua ini, mungkin adik aku tu telah termakan hasutan kianat manusia yang mencemburui penghidupan baru bersama tunang? entah la, seribu satu persoalan membelenggu diri ini. Sedih sangat-sangat bila darah daging kita sendiri bersikap endah tak endah, acuh tak acuh pada diri kita, berlagak sombong, ego, dll. Hakikatnya itulah yang terjadi padaku. Apabila adik sendiri telah tidak meghormati aku sebagai kakak, tidak semesra seperti dulu, gelak dan tawa bersama, luput semua..............

oh dugaan....


kau datang dan pergi...tanpa dipinta tanpa dipaksa..tanpa rela...namun, semua itu sudah menjadi asam garam dalam kehidupan, setiap kali kau datang (dugaan) setiap kali itulah hatiku merudung keresahan, dan segala-galanya yang ku tempuhi telah mematangkan diri sendiri untuk menjadi seorang wanita yang berjiwa kentar, yang tak lemah dan tersungkur bila ditiup badai yang deras!

terima kasih dugaan.....


kerana kau aku menjadi seteguh karang di lautan dalam..

****

Oct 25, 2011

penat ^"^

Minggu ni minggu yang paling memenatkan seluruh jiwa dan raga, demi persiapan seminar yang bakal berlangsung pada tanggal 9-10 November 2011. Aku sebagai ketua yang dilantik seharusnya menggalas segala tanggungjawab yang telah diberikan. Segala pahit dan getir yang aku lalui ini moga dapat mematangkan diri untuk terus menjadi insan yang berjiwa kental. Urusan naik turun pejabat sedikit sebanyak menyedarkan diriku betapa hipokritnya manusia, dan betapa angkuhnya mereka walhal hanya berjawatan  pembantu tadbir sahaja. Aku bukan hendak merendahkan jawatan mereka, oh jauh sekali, tapi rasa sedih dan kecewa menyelubungi diri, dalam hati aku berdoa agar Allah lindungi aku dari sifat takbur seperti itu. InsyaAllah, perkara inilah yang selalu aku panjatkan dalam doa, agar tidak tergolong dalam golongan manusia yang rugi. Semoga sifat takbur atau meninggi diri jauh dari diriku, kerana sifat ini sangat-sangat dikeji oleh Allah swt. Dan aku berdoa agar mereka mendapat keredhaan Allah swt dan diberikan hidayah untuk menjadi insan atau pekerja yang lebih budiman. 

Sekian, 


 ^__^

Oct 19, 2011

luahan rasa

Serius saya sangat rindukan sahabat-sahabat saya dulu! sejujur-jujurnya saya terlalu menyayangi sahabat saya yang pernah menjalinkan persahabatan dengan saya, tanpa sahabat siapa lah saya. Sesungguhnya sahabat adalah sebutir permata yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita, jadi hargailah mereka sesungguhnya. Usahlah menyakiti hatinya, jaga hatinya, dan berbaik sangkalah terhadapnya. 

Serius saya katakan sejak dulu hingga kini sedikit pun tidak pernah saya berkecil hati dengan sahabat saya, saya sangat menyayangi mereka sebagaimana saya menyayangi diri saya. Benar, ianya tiada yang benar melainkan yang benar dan  lahir dari hati yang ikhlas. Sumpah saya tak tipu. 

Percayalah sahabat yang membaca entry ini, saya ikhlas menyayangi anda, berkasih sayanglah antara kita, agar ukhwah yang terbina tetap utuh dipersada dunia..wah, ayat, hehe, maklumlah pernah ambil bahasa Melayu tinggi macam ni la jadinya, kelass gitu! maaf ye, bukan kerana saya ni budak sastera, ok! sastera atau tidak kita sebagai manusia biasa yang hidup dimuka bumi yang luas ini, perlu menanamkan sifat sayang-menyayangi, kasih-mengasihani, nasihat-menasihati , bertolak ansur, mengambil berat dll. agar gejala-gejala sosial yang berlaku pada masa kini dapat ditangani, InsyaAllah! Sekiranya kita mempunyai sifat-sifat kemanusiaan seperti ini, nescaya perkara-perkara negatif seperti pembuangan bayi, merempit, penagihan dadah dll tidak akan berlaku dan boleh diatasi dengan sebaik-baiknya. 

Manusia yang dilahirkan  di dunia ini semuanya tidak sempurna, melainkan Yang Maha Pencipta, jadi berbaliklah kita ke landasan yang telah ditetapkan dalam syariat Islam. Sesungguhnya saya sangat sedih dan geram terhadap apa yang telah terjadi sejak dua menjak ini,  terlalu banyak benda yang aneh telah berlaku, perkara-perkara yang kita tidak pernah fikirkan terjadi, telah pun terjadi. Mungkinkah ianya tanda-tanda kiamat? oh, barangkali kiamat sudah dekat dan semakin hampir dengan kita, jadi berwaspadalah kita semua, wahai sahabatku marilah kita berkasih sayang antara kita, agar permasalahan ini dapat dibendung dengan segera. Saya percaya berkasih sayang antara insan adalah jalan yang terbaik untuk kita atasi segala macam masalah sosial yang terjadi. InsyaAllah, cuba kita terapkan dalam diri. 


Saya Prihatin, anda bagaimana??


Wallahua'lam

Renung-renungkan............





puisi buat teman

Teman, 

apa khabar dikau disana?
telah lama tidak bersua
semoga dirimu baik-baik saja
iringan doa ku panjatkan kepada-Nya
agar kamu senantiasa dirahmati-Nya
agar kamu senantiasa diberkati-Nya 
dalam setiap apa jua yang kau lakukan.



Oct 13, 2011

rindu sudah terubat ^_^

hari ini aku happy sangat-sangat sebab en.tunang ajak aku pergi Puchong sbb nak melawat budak tecik yang paling di rindui.hehe~ terima kasih dear! sbb memahami isi hati tunangmu ini, perasaan rindu yang membuak-buak dalam hati kini telah terubat..cewahhhh, ayat tak boleh blah..huhu! tapi apa aku kisah, hehe,, yang pasti mood aku kembali ceria! tee..heee! nak senyum macam ni  boleh? ------> ( @__________@ ) keh!keh! chomel tak saya.....?? tak mau cerita banyak-banyak, cam biasa..jom layannnn gambar..hehe! 

*sangat tembam budak ini sekarang..kalau tak caya, teruskan scroll down.....dan layanlah pic2 yang tak seberapa ini........................ gud nite!





first...of course la kena kiss ngan cik nie..hehe




kiss pak su juga! ^_^


dan..



pak cik juga..hehe~!!




happy nya dia..apa la yang dibualkan agaknya ya...lalala @___# ~!




 saya cayam che ni.......





arghhh...dia dah buat da..huhu~!!! 







hihi! muka tak puas hati...hoho~! 






ngantuk la....






sebelum tito..mamam dulu... ^_^





hehe..chomel tak caya?





tengok apa tu sayam??





eee...tatotnya...!!  0_0




i lap u che ni!


*****


ok ... sekian!


semoga kita jumpa lagi!!! 






Oct 12, 2011

oh malas pergilah jauh-jauh!

Sikap malas adalah sifat yang semulajadi yang bertakhta dalam diriku,, haha! kenapalah aku malas-malas-malas-malas-malas-malas...sangat nak menulis cik tesis...kalaulah ada ubat untuk hilangkan malas, aku sanggup telan tiap-tiap hari-hari  (>,<)~! sumpah tak tipu! hehe..teruk benor malasnya,,sampai bila-bila tak siap cik tesis tu, hurm,...plesss tolongla bagi semangat untuk aku teruskan perjuangan yang belum selesai ini! help me! help me! help me! 



*****

masih tak sedar-sedar tarikh nak submit dah semakin hampir, lepas ni penyelia dah nak bercuti panjang! 
hurm.....sapa nak jawab ni?? 


* kata-kata semangat buat saya sendiri, dan saya tak bajet orang baca blog saya ni..huhu........tapi kalau yang ada membacanya kata-kata semangat ini untuk anda juga!! ^_____*~


>>>>>>>> aja-aja fighting! caiyok! all da best! selamat maju jaya!<<<<<<<<<<<<< 



ok! thanks......


SEKIAN! WASSALAM.....

Oct 11, 2011

Rindu dia sangat-sangat....

Bila agaknya boleh jumpa dengan budak tecik ni lagi..oh! betapa rindunya saya pada dia...
saya sedih kerana  tak dapat melihat dirinya membesar didepan mata saya..sob..sob :"( 

hanya gambar menjadi pengubat rindu.. !! Muhammad Naqib Rifqi..che rindu kamu..semoga kamu baik-baik saja ya.... i love u so much sayang...




comel x anak buah saya?? ^___^





i love u muhammad naqib!!




rindu nak usik adik..... :"(


OK...Sekian !

genap setahun konvo *__^

10/10/11 - nice date! tak ada apa2 nak tulis, tetiba je teringat  kenangan masa konvo, pada tanggal 10/10/10 ... nice kan?? then, hari ni merupakan tanggal 10/10/11 genaplah setahun aku bergreduat. Kenangan manis itu masih segar dalam ingatan. Betapa puasnya hati aku kerana dapat melihat  ibu dan ayah tersenyum dengan kejayaan aku itu! betapa sukanya mereka berdua melihat kejayaan yang diraih oleh anaknya..Sekalung penghargaan buat family yang lain kerana sudi meraikan kejayaan aku pada hari itu,, especially tunangku yang tercinta..hehe! best sangat2 time tu bila dapat bunga ros yang segar dari si dia...berbunga-bunga je rasa..hihi,..ok la xnak cerita panjang-panjang, gambar dibawah menceritakan segala-galanya pada kejadian tanggal 10/10/10...



Bac.Sastera (Kesusasteraan Melayu 2007-2010)



Bac.Sastera (Kesusasteraan Melayu 2007-2010)
*ni je yg sempat tanggap gambar bersama diorang, yang lain mb ngn family masing2.huhu







K.A.M.I




 bersama ayah tercinta, terlalu banyak pengorbananmu buatku ayah!





senyuman bahagia dari ibu tersayang!






ehem.ehem..dapat bunga dari si dia ^__^




ayah & ma "___"








muka dah penat time ni ^__*~




insyaAllah..semoga dikau mengikut jejak langkahku adikku...




bersama akakku~ *__^



bersama mereka~! ^__*~


*dah xlarat nk upload, pic terlalu banyak ok :) cukup je la setakat ni dulu..
tata! sekian..Assalamualaikum..