Mengapa terlalu sukar untuk kau mengerti perasaan aku? mungkin aku ini satu beban bagi mu? berterus-teranglah sayang, jangan terus membisu seribu bahasa. Andai aku ada mengguris perasaanmu sayang, maafkanlah aku, maafkan aku...aku insan lemah dan banyak melakukan kekhilafan..maafkan aku sayang, kerana kehadiran ku ini menyesakkan hidupmu. Percayalah sayang, kau dan aku hanya satu, hanya yang Maha Esa sahaja bisa pisahkan kita, itu janji kita seawal perkenalan dulu. Sungguh tidak ku sangka "cinta monyet" dulu-dulu mampu menyatukan hati kita berdua sehingga kini. Alhamdulillah, syukur pada Yang Maha Agung, kerana redha-Nya cinta kita masih utuh bersatu..Sayang.. jangan kita melupakan-Nya walau setiap detik, setiap nadi yang berdenyut adalah milikNya. Jadi, sesungguhnya kita berdua adalah hakNya dan amanah orang tua kita untuk menjadikan kita sebagai khalifah (pemimpin) dibumiNya, jadi pimpinilah aku sehingga ke taman firdausi, sehigga kita berdua mengecap bahagia disana. Jadikan aku suri hatimu yang pertama dan terakhir, kerana hanyalah engkau yang ku sayang dan hanya namamu sahaja bertakhta di hati ini. Semoga tahun depan impian kita terlaksana, InsyaAllah..
untuk kau yang ku sayang..
ma
ayah
akak
adik
tunang
kawan-kawan...
dari yang tersayang :
-Ninie-
No comments:
Post a Comment