Assalamualaikum..wbt
Hampir sebulan saya tak menulis di blog kesayangan saya ni, syukur hari ini ada kelapangan masa untuk mencatat seribu satu cerita ..hehe
*bajet popularrr...lalala!!
Apa khabar rakan-rakan semua? semoga sihat-sihat selalu, InsyaAllah. Sebenarnya tiada apa-apa yang menarik untuk dikongsikan bersama, cuma sekadar ingin meluahkan rasa syukur kepada Allah swt kerana masih lagi memberi peluang dan ruang untuk saya hidup di muka bumi ini, dan menjadi hamba-Nya. Alhamdulillah ya Allah, Ya Rabb,
Ya, tanggal 06/11/2011 yang lepas merupakan tarikh ulang tahun kelahiran saya, saya benar-benar bertuah kerana pada tanggal 06/11/11 itu juga seluruh umat Islam telah menyambut hari raya korban, tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hati, kerana tahun ni saya langsung tak beli kek untuk meraikannya. Tapi hati saya cukup-cukup rasa bahagia dan tenang sekali. Bagi saya tak semestinya sebiji kek yang dibeli dari mana-mana kedai bisa menghiburkan hati. Namun, saya begitu yakin dan percaya cukup sekadar panjatkan doa kepada Allah yang Maha Agung adalah lebih baik dari apa-apa. Sesungguhnya saya tidak terasa hati langsung dengan tunang kerana tidak menghadiahkan sesuatu di hari ulangtahun kelahiran bulan lepas.
oh..mungkinkah ketenangan ini yang saya cari? ketenangan buat selama-lamanya yang saya harapkan.
Semoga penginjakan usia ini mampu mematangkan diri saya.
saya akan terus berdoa dan berdoa agar Allah swt merahmati hidup saya dan keluarga saya, dan meredhai segala apa yang saya lakukan.
saya tidak akan berputus asa untuk mencari keredhaan-Nya dan akan terus menjadi wanita yang solehah untuk keluarga dan bakal suami saya, InsyaAllah...
maaf saya insan biasa, andai ada mengguris hati anda semua, saya cuma melahirkan apa yang tersurat dalam lubuk hati sahaja.
sekian,
selamat mencari keredhaan-Nya teman-teman :-)
No comments:
Post a Comment