Oh, bagaikan tidak percaya, pejam celik, pejam celik, dah hampir sebulan lamanya mak dan adik2 datang KL. (Sungai Merab,Kajang, dan Serdang, (UPM). Aku bagaikan tidak percaya mereka harus balik ke kampung dengan kadar segera, kerana emergency, semua plan hujung minggu ini terpaksa dibatalkan. Aduh! hanya tuhan sahaja yang tahu betapa beratnya hati ini untuk melepaskan mereka balik ke kampung halaman, setelah bermacam-macam memori kami ukirkan sepanjang percutiaan mereka disini. Oh kenangan..ya, semuanya telah menjadi kenangan buat kita semua, dan semoga kenangan itu kekal dalam sanubari kita buat selama-lamanya. Walau hanya seketika cuma mereka berada disini, namun cukup-cukup membuatkan hati ini riang dan gembira pabila berada dekat dengan yang tersayang. Oh..gembira..gembira..dan gembira..!! betapa hebatnya kuasa mereka, merekalah tempat aku hiburkan diri pabila dalam keadaan stress tik abergelut dengan asigment dan tesis, merekalah tempatku bermanja, bermesra, suka duka gelak dan tawa, dan segala onar dan duri dalam ranjau kehidupan, ku tempuhinya jua hanya kerana dorongan dan semangat dari mereka.
Akan aku teruskan perjuangan disini, demi masa depan kita bersama untuk mengecapi bahagia. Terima kasih atas segala kasih sayang kau curahkan padaku ibu..sungguh aku tidak bisa membalasnya dengan wang yang berjuta. Kasih mu padaku amat tinggi nilainya, jika hendak dibandingkan dengan emas dan permata, intan dan berlian. Kasihmu padaku tidak boleh ditukar ganti, kasihmu membawa ke syurga. Tanpa kasihmu ibu, aku tidak mampu melawan kehidupan yang penuh pancaroba ini, percayalah padaku hanya engkau sajalah tempatku bergantung harap,...IBU..
Semoga Allah SWT merahmati perjalanan pulang kamu semua, semoga kita jumpa lagi, doakan aku disini untuk terus menggenggam cita-cita. Terima Kasih ibu, selama kau berada disini segala makan, minum, pakai dan semuanya kau uruskan buatku, terima kasih banyak-banyak buatmu ibu.
Terima kasih sekali lagi, atas kasih sayang yang kau berikan padaku dengan tanpa bayaran, dan hanya percuma, malah kau berikan bonus senyum yang bisa mendamaikan hati yang berkeceramuk ini.
Terima kasih sekali lagi, atas kasih sayang yang kau berikan padaku dengan tanpa bayaran, dan hanya percuma, malah kau berikan bonus senyum yang bisa mendamaikan hati yang berkeceramuk ini.
Ibu, andai sepanjang kau berada disini, aku telah banyak sakiti hatimu, aku mohon sejuta kemaafan darimu, kerana aku jua manusia yang lemah, dan bisa lakukan kekhilafan kerana aku hamba-Nya yang sangat-sangat lemah.
i love u ibu......
Tulus Ikhlas dan cinta murni,
Anakmu,
-Ninie -