Jul 15, 2011

selamat tinggal bilik 208

semoga keputusan ini adalah yang terbaik buat aku, aku tetap akan pindah, aku harap lepas ni aku boleh fokus dengan tesis, selagi aku di kolej ini, selagi tu aku asyik fikirkan dirinya, aku langsung tak boleh fokus pada tesis, aku makin stress bila terserempak dengan geng2nya, sedangkan dulu aku kawan mereka, tp bila jumpa masing2 buat bodoh dan hanya membalas senyum sahaja, tiada lagi rancak seperti dulu,ahh, siksanya jiwa aku, siapalah yang mengerti perasaan aku ni, hanya kepada tuhan sahaja aku mengadu domba terhadap tekanan yang aku hadapi sekarang. Tak kan aku je yang harus memulakan bicara, sedangkan mereka sebaliknya, aku tahu aku telah banyak menyakiti hati mereka, aku sedar aku tak layak untuk bersahabat dengan mereka lagi, andai inilah takdir yang Allah tentukan, aku redha, hubungan 3 tahun lepas telah berakhir kini. Selamat tinggal sahabatku, semoga kita bertemu di akhirat sana, aku ingin kau tahu bahawa aku terlalu menyayangimu, kaulah sahabatku dunia akhirat. Biarlah aku hidup dalam kenagan tika kita bersama dulu, aku akan jaga memori indah itu, sehingga akhir hayatku. Aku janji padamu sahabat! i love u forever and ever! ampunkan segala dosa-dosaku padamu sayang..

No comments:

Post a Comment