Jul 15, 2011
Hatiku Sepi Lagi
Ya,hatiku sepi lagi, walauku cuba untuk tidak memikirkannya, tapi apa dayaku, kenangan ketika bersama masih terbayang dalam fikiran. Memang terlalu berat ujian ini buat aku, aku tak mahu terpisah dari mu teman, tapi mengapa kau semakin menjauhi aku..setiap hariku sedih tanpamu, meskipun aku berbahagia bersama orang teristimewa, namun wajahmu tetap dalam ingatan. Masihkah kau ingati janji-janji kita pada tika dulu? kita saling berjanji bahawa akan menjaga hubungan suci ini sehingga ke taman syurga. kau kata akulah sahabat dunia dan akhirat,masih ada lagikan tersimpan kenangan tika bersamaku sewaktu dulu? Kalaulah kau tahu betapa menderitanya aku saat ini? Jika benar aku ini sahabat yang kejam, aku relakan semua kenangan itu berlalu pergi.biar ia pergi jauh-jauh dan anggap sejarah antara kita tidak pernah terjadi, padamkan semuanya!! Semoga kau gembira bersama teman-temanmu yang lain, tapi aku ingin kau tahu bahawa aku tidak sedikitpun membenci dirimu, kerana kaulah sahabat sejatiku dunia dan akhirat, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa deritanya aku saat ini, aku redha dengan ujian ini, mungkin tuhan ingin menguji kita, tapi jika diberi peluang untuk bersamamu sekali lagi alangkah bahagianya hidupku. Susah sangatkah untuk kau mengerti isi hati ini?jahatkah aku, zalimkah aku..sehingga kau pergi begitu sahaja tanpa menoleh ke arah aku lagi. Aku ingin kau tahu, pada tika ini, dan saat ini hatiku sangat-sangat menderita dan kecewa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment