Jul 27, 2011

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!

Hampir 4 hari lagi ramadhan akan tiba, di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan tahun ini, kita diberkati oleh-Nya. InsyaAllah~!! p/s: Harap-harap aku dapat berpuasa penuh..hehehe..

Jul 26, 2011

ma dan adik2 datang kL:)

argh..xsabar rasanya esok ma dan adikku eka dan ena nak datang kL..syoknyer! yang pasti aku kena fikir nak masak apa ya buat mereka. OH..ikan sambal dan tempe + tauhu msk sambal (feberet akak) hidangan wajib! hehe. . . Esok ma bertolak dari GM-KL dalam pukul 3.00 petang, akak akan jemput mereka kt Putra. Semoga perjalanan mereka selamat hendak-Nya, ma dan adik2 datang semata-mata mahu melihat cucunya yang tersayang, Muhammad Naqib Rifqi, DISEBABKAN adik aku Eka hampir setiap hari mengamuk kerana rindukan budak kecik itu, menyebabkan ma datang ke kL dengan menaiki bas, walaupun tidak biasa naik bas. Nak harapkan ayah hantar jauh panggang dari api kot..hahaha! Tp xpe, janji ma dan adik2 ttp datang sekurang-kurangnya dapat juga kami melepaskan kerinduan terhadap mereka setelah hampir 2 bulan tidak bersua. InsyaAllah!

Jul 25, 2011

malang!

malang tidak berbau..itulah yang terjadi kepada aku dan mohd Izhan..nasib baik kami berdua selamat,..kalau x....hurm..xtau nak buat cmner lagi... mood : menginsafi~

Jul 24, 2011

Setiap Wanita itu CANTIK

Allah s.w.t. berfirman: “Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.” “Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.” “Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.” “Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.” “Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.” “Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.” ” Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.” “Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.” sumber :http://uptomu.net/info/setiap-wanita-itu-cantik-2/

sahabat

‎"SAHABAT,satu nama penuh makna.. ia hadir tika tawa, ia dtg tika duka.. tiada pd CINTA.. tiada pd LAFAZ.. hanya kejujuran menyulami hati.. hanya keikhlasan menyirami jiwa.. kebaikan dihargai.. kesalahan dimaafi.. andai itu dinamakan SAHABAT.. bajailah ia.. moga kekal abadi selamanya..."
Ya Ilahi…Kirimkan aku seberkas Nur-Mu.Balutlah aku dengan selimut taufik dan hidayah-MU.Belailah aku dengan kasih sayang-MU.Peluk eratlah agar ku tak mampu terlepas dari-MU.Ya Ilahi…Segala ujian kasih sayang-MU.Kuterima sebagai surat cinta-Mu Yang membuat ku merona tersipu.Akan kubalas oleh syukur dan sabar.

bergaduh!

tak habis-habis bergaduh...sampai bila semua ini akan berakhir?? tentionnya aku.. padahal benda kecik jer, ni lah dugaan bertunang,,sedihnya.. memang tak der mood nak buat semua benda.. :(

Jul 21, 2011

Belajar kereta

terima kasih kpd En.tunang kerana sudi mengajarkan aku cara bagaimana mahu drive dengan betul..tension betul aku tadi, napala susah sangat aku nk cekap drive ni......berbuih2 mulut en.Mohd Izhan, tp otak aku tetap x "makan" bengap la aku neh, napa ilmu lain aku boleh terima jer, tp bila blajar kereta ni lain r..mb adalah satu sebabnya aku ni seorang penakut, itu yang diakui oleh cikgu aku sendiri a.k.a en.tunang,...hmmmmm, walaubagaimanapun aku tak boleh berputus asa, aku masih ada masa, aku perlu cekap drive! sbbnya dalam tahun ni aku perlu buat ulangan lesen P, sbb sblum ni aku gagal dalam test JPJ! kalau aku tak buat ulangan dalam tahun ni, terpaksa bayar packege baru..xmahu aku, dh beribu2 duit habis! aku harap aku dapat dapat P dalam tahun ni jugakkkk! aku xkan berputus asa......caiyok nini..caiyok...........

Jul 20, 2011

lepaking @Putrajaya

just wanna share pic, yg diambil semasa kiteorang lepak2 kat Putrajaya, sangat best! sambil makan buah-buahan.. weekdays kat Putrajaya sangatlah sunyi, seolah-olah memberi peluang kepada kami, untuk 'gila-gila' untuk snap pic. Event akak aku pun terikut sama, kami memang happening..huhu! akak aku yg excited lebih. aku budak baik okeh! xnak tulis panjang-panjang gambar dibawah telah menceritakan keadaan sebenar semasa kami berada di Putrajaya itu..hehe, mau tido mata sudah xmau buka lor..hihi,,nite~~~ opss..layan pic dulu! assalamualaikum, xjawab dosa:)
akak aku dan adik aku yang sevil..hahaha!jangan marah, gurau jer tayunk!
SEKIAN,............

Jul 18, 2011

buka puasa di Alamanda..

best hari ni ada orang belanja berbuka puasa di Alamanda..hehe thanx to en.tunang saya, kerana baik hati belanja kami makan..i love u, hehe..terima kasih daun keladi ye, lain kali bolehla belanja kami lagi..huhu..

Jul 17, 2011

stay bilik 2008

Ye aku tak jadi pindah,itu keputusan yang paling tepat. Ikutkan memang best dirumah itu, tapi aku tak nak masaalah ini berpanjangan dan tiada penghujungnya jika sifat egois bermaharajalela dalam jiwa, begitu juga aku!

hormat!

hanya hormat yang ku pinta,xlebih daripada tu. Hati aku sedih bila layanan kau terhadap aku! hargailah aku, hargailah pengorbanan yang aku telah lakukan, kita ibarat air yang dicincang tak akan putus..jangan asyik mahu membelanya sahaja, aku kakakmu! hormatlah aku..

Jul 15, 2011

Muhammad Naqib Rifqi kesayang keluarga

(Naqib dan che NI)
(abang dan Naqib)
(Naqib sewaktu lahir)
(Naqib yang Tembam)
(Naqib di Floria, Putrajaya,2011)

selamat tinggal bilik 208

semoga keputusan ini adalah yang terbaik buat aku, aku tetap akan pindah, aku harap lepas ni aku boleh fokus dengan tesis, selagi aku di kolej ini, selagi tu aku asyik fikirkan dirinya, aku langsung tak boleh fokus pada tesis, aku makin stress bila terserempak dengan geng2nya, sedangkan dulu aku kawan mereka, tp bila jumpa masing2 buat bodoh dan hanya membalas senyum sahaja, tiada lagi rancak seperti dulu,ahh, siksanya jiwa aku, siapalah yang mengerti perasaan aku ni, hanya kepada tuhan sahaja aku mengadu domba terhadap tekanan yang aku hadapi sekarang. Tak kan aku je yang harus memulakan bicara, sedangkan mereka sebaliknya, aku tahu aku telah banyak menyakiti hati mereka, aku sedar aku tak layak untuk bersahabat dengan mereka lagi, andai inilah takdir yang Allah tentukan, aku redha, hubungan 3 tahun lepas telah berakhir kini. Selamat tinggal sahabatku, semoga kita bertemu di akhirat sana, aku ingin kau tahu bahawa aku terlalu menyayangimu, kaulah sahabatku dunia akhirat. Biarlah aku hidup dalam kenagan tika kita bersama dulu, aku akan jaga memori indah itu, sehingga akhir hayatku. Aku janji padamu sahabat! i love u forever and ever! ampunkan segala dosa-dosaku padamu sayang..

malas

kenapa aku sangat malas, cuti sem dh hampir 3 bulan, tp satu kerja pun xjalan, tesis terbengkalai, bila la nk siap ni,risau kalau penyelia tanya cam ne aku nak jawab hah? hari dah semakin dekat, ujung bulan ni nak kena jumpa beliau, moga-moga beliau dapat terima alasan munasabah aku ni, hehehe..

pagi jmaaat nan indah

syukur Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menjadi hambaNya, diberi nikmat sihat daripada Ilahi.Satu anugerah yang besar!jom lahirkan rasa syukur terhadapNya..

...

masih tak boleh lelapkan mata...fikiran berkeceramukkk!!!

Hatiku Sepi Lagi

Ya,hatiku sepi lagi, walauku cuba untuk tidak memikirkannya, tapi apa dayaku, kenangan ketika bersama masih terbayang dalam fikiran. Memang terlalu berat ujian ini buat aku, aku tak mahu terpisah dari mu teman, tapi mengapa kau semakin menjauhi aku..setiap hariku sedih tanpamu, meskipun aku berbahagia bersama orang teristimewa, namun wajahmu tetap dalam ingatan. Masihkah kau ingati janji-janji kita pada tika dulu? kita saling berjanji bahawa akan menjaga hubungan suci ini sehingga ke taman syurga. kau kata akulah sahabat dunia dan akhirat,masih ada lagikan tersimpan kenangan tika bersamaku sewaktu dulu? Kalaulah kau tahu betapa menderitanya aku saat ini? Jika benar aku ini sahabat yang kejam, aku relakan semua kenangan itu berlalu pergi.biar ia pergi jauh-jauh dan anggap sejarah antara kita tidak pernah terjadi, padamkan semuanya!! Semoga kau gembira bersama teman-temanmu yang lain, tapi aku ingin kau tahu bahawa aku tidak sedikitpun membenci dirimu, kerana kaulah sahabat sejatiku dunia dan akhirat, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa deritanya aku saat ini, aku redha dengan ujian ini, mungkin tuhan ingin menguji kita, tapi jika diberi peluang untuk bersamamu sekali lagi alangkah bahagianya hidupku. Susah sangatkah untuk kau mengerti isi hati ini?jahatkah aku, zalimkah aku..sehingga kau pergi begitu sahaja tanpa menoleh ke arah aku lagi. Aku ingin kau tahu, pada tika ini, dan saat ini hatiku sangat-sangat menderita dan kecewa.

jatuh cinta pada polka dot!

Terlalu taksub akan corak polka dot, sehinggakan terpengaruh untuk menukar tamplete blog. Thanx to yati kerana atas kesudian beliau menghasilkan header yg sangat cantik buat blog saya sebelum ini. nti sy mau kamu buat header lagi bila moood saya berubah..hehe
p/s : masih jatuh cinta akan polka dot, raya nanti pasti jahit baju kurung corak polka dot.huahua!

Jul 12, 2011

fb oh fb

bertahun-tahun dah aku guna fb, xpernah-pernah kena hack, hari ni tetiba je kena hack!! benci tau,,terima kasihlah kepada hackers yg bergiat aktif diluar sana..
mood: sedih, xdpt chat :'(

Jul 8, 2011

Pindah Rumah

Alhamdulillah hari ni, tanggal 8/7/11 selamatlah mereka pindah rumah baru. Hari ni sangatlah penat kerana saya meringankan tulang untuk membantu mereka semua. Nasiblah baik rumah yang diorang pindah tidaklah jauh sangat, hanya seberang jalan sahaja. Kepada yang pernah datang Seri Serdang, mestilah kenal Mc.Donalds so, kalau dah sampai dekat Mc.D itulah rumah mereka, hanya sejengkal kera cuma dari Mc.D itu..harhar...*belakang Mc.D, Seri Serdang.. Namun, tetiba je aku lak yang terasa sebak untuk berpisah dengan housemate diorang, walhal bukan aku yang nak pindah..hehe, well, aku memahami perasaan diorang semua, perpisahan dengan housemate mereka sangatlah menyedihkan bagi mereka semua, aku faham..tapi sabarlah awak-awak semua, bukannya jauh rumah lama dengan rumah baru awak-awak, so, boleh pergi melawat tiap-tiap hari kot, kalau terasa rindu..hahaha..
p/s: camera tiada batery so saya tak sempat nak snap pic2 diorang semua, sekian:)