Feb 23, 2011

Rindukan ayahnda dan bonda:(

Rindu pada ma & ayah membuak2..padahal raya cina hari tu dah balik kampung. Mungkin permasaalahan yang menimpa-nimpa ini membuatkan saya terasa ingin dekat dengan kedua-dua ibubapa saya. Mungkin juga perasaan rindu ini akan hilang jika dapat menjamu selera bersama adik-adik & dapat lepak di kedai Su gee, dan DCL Maklang, makan-makan lepas tu bergosip. Alangkah indahnya! Oh terasa rindu saat-saat itu. Ikutkan hati ini, memang saya ingin lari, lari dari segala yang "menyesakkan dada", ingin lari dari segala-gala masalah yang tidak sudah-sudah. Namun, saya tahu disebalik perjalanan ini pasti ada hikmah yang tersendiri, memang saya tidak kuat untuk melawan itu semua,demi kebahagiaan saya dan keluarga, saya perlu kuat, perlu akur setiap apa yang menimpa, perlu menerima kelemahan diri dan yang paling penting saya perlu menerima hakikat yang kini saya adalah keseorangan. Saya akui saya kesunyian, dan saya tahu ianya suatu kepastian "sejarah tidak mungkin berulang" . Mungkinkah disebabkan ini saya tetiba rindu dekat ma? rindu dekat ayah? Jangan fikir saya ni fikirkan dan rindukan ma dan ayah ketika dihimpit kesunyian..oh tidak sama sekali, perasaan rindu terhadap mereka sentiasa ada dalam lubuk hati yang paling dalam. Cinta dan kasih terhadap mereka tidak boleh dibelah bahagi, saya disini, di Menara gading ini adalah semata-mata kerana mereka berdua. Jika mereka tiada tidak bermaknalah kejayaan ini. Dalam setiap sujud saya, saya sering memohon agar Tuhan panjangkan umur mereka berdua, tanpa mereka siapalah saya, yang miskin lagi hina. Seandainya saya berjaya sesungguhnya saya tidak mampu untuk membalas jasa baik mereka berdua, yang telah sekian lama mendidik dan menjaga saya, akak serta adik-adik. Oh Tuhan! sesungguhnya saya teramat rindukan ma dan ayah dikala ini, doa saya untuk mereka berdua, agar Engkau Lindungilah mereka, agar berada dalam keadaan baik sentiasa. InsyaAllah...
Ya Allah kuat dan cekalkanlah hati saya ini untuk menempuh segala onar dan duri dalam kehidupan, demi menyusuri galur kematangan yang pasti..

Ayahanda dan bonda tersayang!

bonda bersama akak!

Hanya segulung ijazah yang dapatku hadiahkan buat dikau berdua~ moga-moga hadiah itu bisa buat hati dikau berbungan bahagia..InsayaAllah


Sayang sangat-sangat!! Muahhhhh,


Adikku, akak hanyalah manusia biasa yang tidak patut dikau contohi,
namun, hati kecil akak sentiasa mengharapkan agar adik juga bisa jadi yang terbaik!

Hanya ini yang aku bisa buat dikau tersenyum;) Terima kasih ayahnda, bonda dan keluarga, atas penat dan lelahmu demi mendewasakan aku.....

No comments:

Post a Comment