Mar 1, 2011

Perlu bersyukur

Seminggu lamanya saya tidak menconteng apa-apa di dalam blog , malam ini rasa rindu untuk menulis blog membuak-buak dalam dada, terus saya buka laptop dan langsung ke laman blog. Saya sedar, sejak dua-menjak ini, aktiviti saya semakin padat, lantas tuntutan untuk menyiapkan assigment begitu mengakangkan waktu saya untuk berblog. Namun, saya mencuri masa yang ada untuk berkongsi cerita tentang kehidupan yang pastinya. Di saat ini, apa yang terlintas difikiran saya adalah berkaitan erti syukur. Ya, saya pasti ada sesetengah manusia yang tidak pernah menghargai sebuah kesyukuran. Sebelum saya melangkah jauh, izinkan saya mendefinisikan erti syukur, Syukur adalah pujian keatas pemberi kebaikan yang memenuhi segala kebaikannya, seperti yang anda ucapkan saya bersyukur (berterima kasih) kepadanya atau bersyukur ke atasnya. Syukur menurut istilah ialah menampakkan pengaruh nikmat Ilahi daripada seorang hamba dengan hatinya berupa keimanan, lisan berupa ucapan terima kasih serta pujian, anggota tubuh berupa perbuatan ibadah serta ketaatan.(baca Abu Ezzat Al-Mubarak, Jalan Menuju Syurga (Syukur),2010. Jelaslah bersyukur adalah satu nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada kita, bersyukur keatas segala-gala nikmat yang dikurnia-Nya, tidak perlulah mengomel atau mempertikaikan setiap anugerah, rezeki, kebijaksanaan,kecantikan,serta kekayaan yang diberikan oleh Ilahi. Kita anggap sahaja anugerah itu adalah satu Rahmat dari-Nya untuk menguji ketakwaan kita semata-mata. Tidak perlu riak atau takbur, dan usah menyombong diri dengan setiap kemewahan yang kita gapai, kerana itu hanyalah satu pinjaman dari Allah S.W.T buat kita.
Saya bersyukur kerana masih diberi talian nyawa walau masih bergelomang dengan dosa. Sememangnya sebagai insan biasa lagi kerdil, tidak dinafikan, kita tidak lari dari melakukan dosa.

Jadi, sebagai ingatan kepada diri saya, mahupun pembaca, marilah kita bersama-sama bertaubat dan mensucikan diri,selagi masih diberi peluang untuk bernafas dibumi-Nya, semoga kita ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin~~

No comments:

Post a Comment