Mar 7, 2012

Bas oh bas...

Hari ni bangun pagi-pagi terus ke bus stop sebabnya kereta en.tunang nk guna. lagipun aku malas nak guna kereta, leceh bebenor, aku bukan pro pun drive kereta, alah setakat nak gi tumb kat fak dan balik kolej tuh lepasla, kalau masuk bandar hencur..haha!. Al-maklumla baru ja dapat lesen P.. hehe jarang-jarang jer aku bawa kereta ke kolej, aku lebih selesa en.tunang aku hantar dan ambik, macam ada driver je kan..biasalah tu,.. kalau tak ambik antar bakal isteri nak ambik antar sapa lagikan.Dia (tunang) selalu bagitahu aku, lepas ni bila aku dah ada kerja dialah yang akan jadi pak supir aku, hahaha... 



Berbalik pada cerita bas tadi, hari ni saja aku naik bas sebanyak 3x , bermula dari kolej ke fakulti, dari fakulti ke bank, dari bank ke kolej, mengimbau kenangan semasa degree dulu, melihat junior-juniorku mengingatkan peristiwa  berebut-rebut nak naik bas bersama teman-teman, melihat telatah mereka sepeti budak-budak tadika,huhu. Semua itu adalah kenangan. Cepat sungguh masa berlalu, aku rasa kenangan itu baru semalam.  Pantas..sungguh pantas! yang pastinya kenangan itu tidak mungkin akan kembali lagi, dan akan aku simpan kenangan itu dalam ingatan. Suka dan duka bersama teman dulu  tetap utuh di nubari. 


***

No comments:

Post a Comment