Mar 7, 2012

Bas oh bas...

Hari ni bangun pagi-pagi terus ke bus stop sebabnya kereta en.tunang nk guna. lagipun aku malas nak guna kereta, leceh bebenor, aku bukan pro pun drive kereta, alah setakat nak gi tumb kat fak dan balik kolej tuh lepasla, kalau masuk bandar hencur..haha!. Al-maklumla baru ja dapat lesen P.. hehe jarang-jarang jer aku bawa kereta ke kolej, aku lebih selesa en.tunang aku hantar dan ambik, macam ada driver je kan..biasalah tu,.. kalau tak ambik antar bakal isteri nak ambik antar sapa lagikan.Dia (tunang) selalu bagitahu aku, lepas ni bila aku dah ada kerja dialah yang akan jadi pak supir aku, hahaha... 



Berbalik pada cerita bas tadi, hari ni saja aku naik bas sebanyak 3x , bermula dari kolej ke fakulti, dari fakulti ke bank, dari bank ke kolej, mengimbau kenangan semasa degree dulu, melihat junior-juniorku mengingatkan peristiwa  berebut-rebut nak naik bas bersama teman-teman, melihat telatah mereka sepeti budak-budak tadika,huhu. Semua itu adalah kenangan. Cepat sungguh masa berlalu, aku rasa kenangan itu baru semalam.  Pantas..sungguh pantas! yang pastinya kenangan itu tidak mungkin akan kembali lagi, dan akan aku simpan kenangan itu dalam ingatan. Suka dan duka bersama teman dulu  tetap utuh di nubari. 


***

Jam LiMa Pagi..??

Ya, jam  menunjukkan pukul lima pagi..kenapa aku masih tak tidur lagi? inilah namanya stay up. Aku selalu stay up sampai pagi, kadang-kadang tu naik ting tong kepala aku.. pening-pening..esok pagi kalau nak g kerja mesti kepala aku jadi pening sebabnya tak cukup tidur. Ya aku stay up sebab nak siapkan tesis aku, banyak lagi yang perlu aku setle kan, dengan journal belum terbit lagi, sempat ke aku nak grad? kalau tak sempat aku rasa aku perlu tambah satu sem lagi.

dan kontrak kerja aku sudah hampir ke penamatnya..kesian aku...

siapa yang bersimpati pada aku sila angkat kaki.. ngeeeee!!


***

Mar 6, 2012

::Mimpi sampai langit::

Perlu ke aku update blog mengatakan aku tention...tention yang teramat..?? Ah..peduli apa aku, ini blog aku, siap nak kisah..blog aku adalah sebahagian kehidupan aku, dan sebagai dorongan untuk aku menjadi penulis..hehe, ini angan-angan aku sahaja, tapi tak mustahil kan?? Janji ada tekad dan usaha untuk menjadi penulis demi nusa ddan bangsa, cewahhh! berangan sampai ke langit...tak pe aku pasang angan-angan dulu okeh..mana la tahu lepas ni aku jadi penulis, aku bukan tak minat menulis, aku minat..tapi aku tak tahu apa yang aku nak tulis...hahaha.... INSYAAllAH ...Allah SWT ITU MAHA KUASA,,, SEMOGA DIA permudahkan segala urusan aku kat dunia ni dan di akhirat.. Amin








***

Monolog 1

Hari ini aku sedih...dan aku geram...sob..sob tak ada yang menemani hari-hariku, manusia diluar sana (xsemua) hanya pandai berkata-kata saja, tetapi tidak pula pandai mentafsir pada diri sendiri. Mereka hanya tahu mengutuk, mengeji dan mencaci saja..


aku sedih, aku geram dan aku benci pada mereka yang hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pula pandai sepeti yang diperkata.. eh..! engkau siapa?? hebat sangatkah engkau? 

syyyyyyyyyy...aku bertanya pada diri. 

aku? aku orang biasa, aku tidaklah sehebat manapun, tapi aku ada hati  dan perasaan...


Aku ingin kau tahu,,,

hati aku sakit,  marah dan geram pada engkau.... yang tak punya apa-apa perasaan..!!!




***











Mar 3, 2012

Sedih, Marah dan Kecewa....

Beberapa hari ni, hati saya begitu tersentuh. Sedih,geram,marah,kecewa dan seumpamanya. Kadang-kadang kebenaran itu MEMANG menyakitkan. Kadang-kadang manusia sanggup berlaku khianat di belakang kita. Oh, di depan kita pula bagai semut di pijak tidak akan mati, dan manisnya berbicara manis seperti gula. Itulah realitinya. Itulah situasi yang aku hadapi kini. Memang, pada mulanya hati sakit, tapi aku kuatkan hati untuk tempuhi semuanya dengan tenang. Dan aku percaya Allah SWT itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.