Aug 19, 2011
bagus mengingati mati...
Entah kenapa bulan Ramadhan yang mulia ini, membuatkan hati aku begitu sayu, takut akan kemurkaan Allah,aku takut dengan dosa-dosa lalu, yang paling aku takut adalah MATI. Tidak dinafikan semua orang didunia ini pastinya takut mati.
Mengapa sejak dua menjak ini, aku terasakan sesutu yang lain, adakah ini petanda Allah S.W.T. untuk diriku?
Ya Rabb aku masih belum bersedia untuk bertemu denganmu, Ya Rabb tolonglah panjangkan umurku, kerana banyak lagi perkara yang aku belum capai, terutamanya untuk menjadi wanita solehah, bagilah aku kesempatan untuk menebus segala dosa-dosaku, Ya Rahman, aku pohon padaMu,
Ya Rahim, Sesungguhnya, Engkaulah tempat aku meminta.
Tspi sekiranya itu takdir-Mu yang terbaik buat aku, aku Redha dan pasrah.
Ya Allah, Kau Ambillah nyawaku, jika aku hidup didunia ini penuh dengan kemaksiatan,dan bergelumang dengan dosa, aku lebih rela mati dari menaggung semua ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment