Aug 19, 2011

bagus mengingati mati...

Entah kenapa bulan Ramadhan yang mulia ini, membuatkan hati aku begitu sayu, takut akan kemurkaan Allah,aku takut dengan dosa-dosa lalu, yang paling aku takut adalah MATI. Tidak dinafikan semua orang didunia ini pastinya takut mati. Mengapa sejak dua menjak ini, aku terasakan sesutu yang lain, adakah ini petanda Allah S.W.T. untuk diriku? Ya Rabb aku masih belum bersedia untuk bertemu denganmu, Ya Rabb tolonglah panjangkan umurku, kerana banyak lagi perkara yang aku belum capai, terutamanya untuk menjadi wanita solehah, bagilah aku kesempatan untuk menebus segala dosa-dosaku, Ya Rahman, aku pohon padaMu, Ya Rahim, Sesungguhnya, Engkaulah tempat aku meminta. Tspi sekiranya itu takdir-Mu yang terbaik buat aku, aku Redha dan pasrah. Ya Allah, Kau Ambillah nyawaku, jika aku hidup didunia ini penuh dengan kemaksiatan,dan bergelumang dengan dosa, aku lebih rela mati dari menaggung semua ini.

rintihan hati iznie

hatiku menangis lagi.... mengapa hati ini selalu diuji salahkah aku salahkah? bukan wang ku pinta, tapi hanyalah sebuah kejujuran dalam bersahabat. salahkah aku?? salahkah?? hei kawan...ingat la semasa susahmu, siapa yang ada disisimu, siapa yang mengelap setiap titis-titis air mata saat kau terjatuh.. aku bukan mahu mengungkit, tapi, aku sedih. aku pedih dengan apa yang kau balas padaku, sangat buruk layananmu terhaap aku kawan.... sangat pedih untuk aku menelan segala-gala perilakumu itu kawan,,,, aku sedar siapa diriku, aku sedar asal usulku.... aku sedar siapa aku padamu... aku ingin kau tahu, janganlah terlalu bermegah2 dengan harta yang kau miliki sekarang...... kau hanya pinjam dari tuhan!! ingat tu.... tiada yang kekal kat atas dunia ini... aku sedar rintahan ini hanyalah didengari oleh Allah S.W.T. yang Maha Kuasa... bersambung>>>>>>>

kekosongan ......

memang..snagat kosong, entah la..sedihnyaaaaaaaaaaa, ya Allah ya Rabb, kuatkanlah semangat diri ini, untuk melalui rintangan-rintangan ini...................................ya Rabb ..ya Rahman Ya Rahim...Ya Aziz Ya Jabbar........................

ada bagai tiada..........

hurm, apalah nasib aku?? ada bagai tiada, apalah salah aku sehingga menganggap aku satu jurang yang jauh..... padahal, dulu semuanya ok semuanya, tapi kini telah berubah segala-galanya..... sampainya hati..., aku sedih...mengenangkan nasib diri ini, hurm...... tak apalah ninie, semuanya telah ditakdirkan, aku pasrah..... terima kasih la, sebab apa yang aku beri, ini yang kamu balas,..... malangnya..... malang........ ******* ahhhhh...............usah dikenang pada nasib,,,, ceria selalu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

mood rajin--------------->>>mood rajin!!

Hari ni 19/08/2011~ mood aku dah datang dan rajin untuk menulis tesis, tetapi tetiba wisata close plak..hurm, melemahkan semangat jer, semalam 18/08/2011 jumpa Dr Kamariah, memang membakar semangat. Dr Kamariah memang pensyarah yang baik dan berjiwa kental. *** terima kasih Dr---------->> saya sangat sayang Dr, Dr lah pembakar semangat saya,untuk saya terus berada di UPM, jika saya terjatuh, Dr. banyak memberi semangat buat saya. ------->>>Dr lah sumber inspirasi saya untuk berjaya. terima kasih Dr.

Aug 14, 2011

Doa Selepas Solat | SURAH AL-QURAN & DOA PILIHAN

Doa Selepas Solat | SURAH AL-QURAN & DOA PILIHAN

doa ketika marah.....

Doa Menghilangkan Rasa Marah A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi. Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.” Doa Menghadapi Orang Sedang Marah : La ilaha illallahul halimul hakimu, subhanallahi rabbus samawatis sab’a wa rabbul ‘arsyil ‘azimi, la ilaha illa anta ‘azza jaruka wa jalla sana’uka. Artinya: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara ‘arsy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu.” sumber : http://www.sikathati.com

bagaimana menghilangkan marah?????

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya. Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau". Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah : a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita. b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina. c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah. d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi. e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah. f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan. g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara. h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal. Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar,darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin. sumber : http://www.ehoza.com

hati keras macam batu

ye aku akui hati aku keras macam batu, tak mudah untuk lembut, kalau marah cepat je sejuk..aik pelik kan..haha ***terpulang pada keadaan**** hari ni 14/08/2011 aku sangat marah dan sakit hati pada mohd izhan sbb mungkir janji!!!!!!!!!!!! janji nak bawak g shoping....tapi hampeh!!!!!!!!!!!!!!!!! buat orang tertunggu-tunggu................ event kejadian hari ni tunggu menunggu.... ** dia menunggu aku, aku menunggu dia...... kebetulan la plop, gara-gara bil tefon tak bayar, susah nak konteks bila perlu, memang ada no maxis tapi top-upnya plak habis... sbb tu aku tak suka pakai no fon yang kena top-up2 bagai, time emergency tak ke naiya cam kes hari ni..hurmmmm.....aku lebih suka guna no prabayar......ia amat senang bagi ku, dan tak payah nak pergi kedai top-up.............. tapi ada pro dan kontnya jugak, kalau aku bayar bil, tak jadi benda-benda cam ni..... biar hati aku sejuk dulu....aku tak mahu jumpa dengan sapa-sapa hari ini!!!!!! hati aku sakit sangat2 bila dia buat cam ni..... memangla tak sengaja, tp......................................leave me alone.........................................................................................................................................................................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aug 13, 2011

Muhammad Naqib Rifqi

Dia adalah satu satunya anak buah yang aku sayang, semakin hari semakin dia membesar.. ah, begitu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik dah 4 bulan Naqib hidup kat dunia ni, alangkah bahagianya kehidupan yang aku lalui bersamanya.. kehadirannya bagai memberi sinar bahagia dalam kehidupan kami sekeluarga.
***** begitu pantas masa berlalu.. sudah hampir 2 bulan Naqib di Serdang, hari-hari yang dilalui sepanjang cuti sem terasa singkat kerana setiap hari ada saja aktiviti ect : keluar shopping yang paling best!! kenangan hampir dua bulan ini tidak akan aku lupakan, hari hari yang aku tempuhi ini sangat bermakna walau tanpa kawan yang aku sayangi. aku tetap bahagia..Alhamdulillah ya Allah .. ** Namun, sesekali hati ini tetap juga terdetik dan merindui dirinya. merinduinya hanya Allah sahaja yang tahu, betapa siksanya hati ini. semoga dirinya sentiasa bahagia bersama kawan-kawan tersayang, ahh, aku siapa bagi dirinya.. **