Hari ini, hani xjadi datang memang terasa sedih, sbb xdapat jumpa dengan beliau:( tapi xpe, InsyaAllah, beliau akan datang minggu selepas aku balik kampung..yahuuu! xsabarnya.. Hari ini,program yang dirancang bersama Kak Nor dan Liya (Junior saya) berjalan dengan jayanya. Nak tahu program pe? program ni sangatlah best..hihi, program masak-memasak di bilik saya. Saya happy,tapi kalau ada cik Hani dan Ruha lag best. Ruha lak nak balik umah kat Negeri9. Kami bertiga sahaja, tapi tetap best, dengan Kak.Nor dan Liya yang baik hati, menambahkan lagi semangat saya untuk memasak. Nak tahu masak apa? Tomyam + telur goreng je. Xderla masak banyak2 pun, tapi ok la, kenikmatan memasak sendiri sangatlah puashati okeh! kalau nak dibandingkan dengan beli kat kedai tu, xder la sedap sangat, hanya 2,3 kerat ayam dan batang-batang serai serta bawang besar je yang lebih, memang xsyok kalau beli kat Cafe tu! xberbaloi.Harga lak mahal sangat-sangat.
Well, saya nak ucapkan ribuan terima kasih buat Kak.Nor dan Liya yang sudi berkampung di bilik saya,.hope kita dapat masak bersama-sama lagi.
Mar 5, 2011
Mar 4, 2011
Ketentuan Ilahi
Kesunyian dan kesepian ini yang memaksa saya untuk mencoretkan entry ini. Mungkin tiada sesiapa yang akan faham dengan situasi yang saya sedang hadapi sekarang. Benarlah kata orang, penantian itu adalah satu penyiksaan. Bagitu juga dengan kesunyian ini, Memang.. ianya sangat..sangat pedih dan menyiksa jiwa. Namun, hanya kepada yang Maha Esa sahaja tempat saya meluahkan apa yang terbuku dalam lubuk hati ini . Teman? masih ada lagikah teman yang dulu? yang pernah tinggal bersama-sama hampir 3 tahun itu? Saya pun tidak pasti. Masih wujudkan nama saya di hati mereka? Oh..mungkin nama "Ninie" telah terdampar di sudut sepi..? Sungguh tidak saya sangka, ukhwah yang terjalin hampir 3 tahun dulu,telah lenyap begitu sahaja. Kini, saya ke hulu, dan awak ke hilir. Kita masing-masing telah beralih arah. Apakan daya kita,suratan takdir yang telah menentukan segala-gala,apa yang penting bagi saya, kita harus redha dengan ketentuan-Nya. Mungkin jua, pasti ada hikmah di sebalik ujian ini. Apa yang saya minta dari Allah S.W.T. semoga saya terus kuat, tabah dan cekal untuk berhadapan dengan keadaan ini. Saya akui, saya sangat sedih dengan apa yang telah terjadi, tapi apa daya saya? rasanya tidak perlulah saya melutut hanya semata-mata untuk menyambung hubungan seperti dahulu? Cukuplah sekadar memanjatkan doa demi kebahagiaan mereka. Ya, saya pasti akan mendoakan ukhwah yang baru mereka bina itu, sentiasa diredhai oleh-Nya. Kadang-kala juga, hati saya tersentuh melihat ini semua,kerana ia telah berubah sekelip mata, tanpa di duga dan di pinta. Walau apa-apa pun saya harus melawan perasaan sedih ini, demi masa depan saya. Saya tidak mahu jatuh atau gagal, hanya semata-mata di sebabkan dugaan ini. Oh..tidak,."Ninie" pasti tidak akan kalah dalam medan perjuangan ini. Tidak akan patah bila dihembap ombak yang menduga, saya harus menjadi "Ninie" yang teguh berdiri, dan kuat semangat.!! Doakan saya semoga saya dapat melawan dan menghadapi ujian ini..:)
Mar 3, 2011
tidak di sangka-sangka
Hari ini, sungguh tidak di sangka-sangka saya dapat call dari Dato'..oh Dato'K kah? Dato' J kah? Dato'M kah??ahaha~!no..no..no..ni Dato'Y kot..kihkih.Bersyukur sangat kerana orang yang ternama sanggup call saya semata-mata mahu buat temu janji,hihi =) suka sangat..lor, bukan saya yg nak di temu janji..but saya yang nak bertemu janji ngan beliau..wahaha!neves jugak ni, nak intebiu orang ternama seperti beliau itu, so saya kena buat persiapan awal,persiapan mental dan fizikal amat penting ok, al-maklumlah mahu bertemu tokoh terhormat lagi disegani ramai. Opss,.mesti tertanya-tanyakan siapa Dato'Y itu?huhu..Dato'Y a.k.a Dato' Yusof Hasan, pensyarah di UPSI, beliau yg telah memperkenalkan teori SPB4L. So ini adalah peluang yang terbaik buat saya, kerana akhirnya saya bakal bertemu dengan pencipta teori tersebut. Walhal, masa degree saya pun menggunakan teori itu, namun,tidak pun sesekali berjumpa dengan pemilik teori itu, inilah perbezaan pengajian di peringkat Master dengan degree. Di peringkat Master, untuk membuat tesis tidak semudah seperti degree dulu. Saya kena tahu dan menguasai sehabis-habisnya setiap yang dikaji.
*Semoga Tuhan permudahkan segala-gala urusan saya, kemungkinan minggu depan saya akan ke UPSI untuk berjumpa Dato'Yusof Hasan.
*Semoga Tuhan permudahkan segala-gala urusan saya, kemungkinan minggu depan saya akan ke UPSI untuk berjumpa Dato'Yusof Hasan.
Mar 2, 2011
Terima kasih buat Mrs.Ayie
Saya nak ucapkan ribuan terima kasih buat Mrs.Ayie a.k.a Yati, kerana beliau dengan seikhlas hati telah menciptakan "header" or bena yang baru untuk blog saya. Sungguh menarik,gabungan warna pink dan putih (sesiapa yang view blog saya yg tidak menyukai pink, sory yer..blog ini hanya untuk penggemar pink sahaja..hehe..) *gurau jer.. memang tidak dinafikan warna kegemaran saya adalah warna pink, sejak sekolah rendah, menengah dan universiti pun..saya tidak akan sesekali berpaling tadah terhadap warna pink..andai boleh, akan saya warnai seluruh dunia ini dengan warna pink..ahaha! tapi apakan daya saya..pink adalah separuh dari hidup saya, malahan setiap apa yang saya beli, pasti pink akan menjadi pilihan utama. *jika pink yg xmenarik sy akan berfikir terlebih dahulu ^__*~! begitu taksub sekali dengan warna pink..hehe...
all thing is pink..hihi~!
saya juga saaaangat mengimpikan bilik tidur seperti ini, tapi sesuai ke dengan usia saya sebegini?? huhu..cam bilik tidur ala-ala kartun babbies kan? sweetz nye..hehe~!
all thing is pink..hihi~!
saya juga saaaangat mengimpikan bilik tidur seperti ini, tapi sesuai ke dengan usia saya sebegini?? huhu..cam bilik tidur ala-ala kartun babbies kan? sweetz nye..hehe~!
Mar 1, 2011
Alhamdulillah, penat yang berbaloi.
Hari ini seharian aku di Wisata untuk manyiapkan asigmnt Dr.S. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menguasai teori Takmilah dengan baiknya, benarlah kata orang tua-tua "tak kenal maka tak cinta". Maklumla, semasa di peringkat degree dulu, aku hanya berpegang kepada satu teori untuk penulisan ilmiah,pun begitu pada peringkat sarjana juga aku masih menggunakan teori tersebut sebagai rangka tesis. Hal ini membebankan aku untuk "mengkhatamnya", kerana tuntutan asigmnt itu bakal dihantar pada pertengahan mac ini. Bersyukur ke hadhrat Ilahi, berkat usaha, tawakal dan doa, aku mampu menguasai ilmu yang berharga ini. Syukur..syukur..Ya ALLAH..
Selamat Maju Jaya! (Tanggal 5 hb Mac, saya akan membuat presentation dalam kelas..wish me LUCK~!
Selamat Maju Jaya! (Tanggal 5 hb Mac, saya akan membuat presentation dalam kelas..wish me LUCK~!
Perlu bersyukur
Seminggu lamanya saya tidak menconteng apa-apa di dalam blog , malam ini rasa rindu untuk menulis blog membuak-buak dalam dada, terus saya buka laptop dan langsung ke laman blog. Saya sedar, sejak dua-menjak ini, aktiviti saya semakin padat, lantas tuntutan untuk menyiapkan assigment begitu mengakangkan waktu saya untuk berblog. Namun, saya mencuri masa yang ada untuk berkongsi cerita tentang kehidupan yang pastinya. Di saat ini, apa yang terlintas difikiran saya adalah berkaitan erti syukur. Ya, saya pasti ada sesetengah manusia yang tidak pernah menghargai sebuah kesyukuran. Sebelum saya melangkah jauh, izinkan saya mendefinisikan erti syukur, Syukur adalah pujian keatas pemberi kebaikan yang memenuhi segala kebaikannya, seperti yang anda ucapkan saya bersyukur (berterima kasih) kepadanya atau bersyukur ke atasnya. Syukur menurut istilah ialah menampakkan pengaruh nikmat Ilahi daripada seorang hamba dengan hatinya berupa keimanan, lisan berupa ucapan terima kasih serta pujian, anggota tubuh berupa perbuatan ibadah serta ketaatan.(baca Abu Ezzat Al-Mubarak, Jalan Menuju Syurga (Syukur),2010. Jelaslah bersyukur adalah satu nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada kita, bersyukur keatas segala-gala nikmat yang dikurnia-Nya, tidak perlulah mengomel atau mempertikaikan setiap anugerah, rezeki, kebijaksanaan,kecantikan,serta kekayaan yang diberikan oleh Ilahi. Kita anggap sahaja anugerah itu adalah satu Rahmat dari-Nya untuk menguji ketakwaan kita semata-mata. Tidak perlu riak atau takbur, dan usah menyombong diri dengan setiap kemewahan yang kita gapai, kerana itu hanyalah satu pinjaman dari Allah S.W.T buat kita.
Saya bersyukur kerana masih diberi talian nyawa walau masih bergelomang dengan dosa. Sememangnya sebagai insan biasa lagi kerdil, tidak dinafikan, kita tidak lari dari melakukan dosa.
Jadi, sebagai ingatan kepada diri saya, mahupun pembaca, marilah kita bersama-sama bertaubat dan mensucikan diri,selagi masih diberi peluang untuk bernafas dibumi-Nya, semoga kita ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin~~
Saya bersyukur kerana masih diberi talian nyawa walau masih bergelomang dengan dosa. Sememangnya sebagai insan biasa lagi kerdil, tidak dinafikan, kita tidak lari dari melakukan dosa.
Jadi, sebagai ingatan kepada diri saya, mahupun pembaca, marilah kita bersama-sama bertaubat dan mensucikan diri,selagi masih diberi peluang untuk bernafas dibumi-Nya, semoga kita ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin~~
Subscribe to:
Posts (Atom)