Nov 1, 2011

31/10/11- Peristiwa sedih tika hujan!

Walaupun mata ni benar-benar mengantuk, aku still nak update peristiwa sedih yang terjadi pada aku.. huk..huk.. sedih sangat-sangat! 



** 

Maka tersebutlah al-kisah...........








Pada suatu  petang, aku mendapat call dari penyelia mengatakan yang aku perlu menggantikan beliau dalam meeting jam 2:30 petang nanti, kerana beliau ada kuliah, so, aku onn ja, walhal masa tu aku on da way nak ke Kajang untuk membayar ansurans kereta, terpaksalah patah balik demi meeting tu.



Nasib baik en.tunang sangatlah sporting, dan dia sangat memahami aku..SYUKUR kepada Allah swt.


ok tak mau cerita sal en.tunang, berbalik kepada cerita tadi, en.tunang hantar aku di fakulti, dan dia, terus balik umah, sambung tido katanya...haha!!




1.30 P.M- Aku tiba di fakulti, danterus ke surau untuk menunaikan solat fardhu. Jumpa dengan Kak Izzah, senior aku, sempat berbual than kami berpecah, dia ada hal di Puchong. Lihat jam 2.00 P.M, aku terus ke bilik meeting, dan aku tahu aku datang awal setengah jam, dan dari jauh aku lihat tuan pengerusi sudah ada dalam bilik mesyuarat. Pensyarah lain masih belum tiba. Tanpa kata apa-apa aku terus mengambil tempat duduk yang sebatu jaraknya dari tuan pengerusi. Memang berdebar, kerana masuk kali ni sudah dua kali aku menggantikan penyeliaku, aku bimbang kalau-kalau tuan pengerusi memandang sinis dan memerliku lagi, oh memang benar sangkaan ku, tapi tidaklah seteruk dulu. Alhamdulillah! getusku dalam hati kecil.



4.30 P.M - Mesyuarat bersurai, sebelum bersurai ada juadah ringan. Kami semua makan, sambil berbual kosong. Selepas makan semuanya beransur pulang. Sebelum pulang bersalaman dengan mereka yang ada dalam bilik mesyuarat. 




4.45 P.M- Hujan. Di bus stop, terpaksa balik dengan bas kerana en.tunang dah balik rumah. Wah ramainya orang, bisik hatiku! Hujan makin lebat, dari jauh aku lihat bas berhenti. Terus ambil tempat duduk. Nasib masing ada ruang kosong, kalau tak berdiri la jawabnya. Alhamdulillah.




5.00 P.M- Sampai kolej, hujan masih lebat. Aku redah hujan dan terus ke kafe untuk membeli makanan, tiba-tiba terasa lapar. hehe, Selesai. Terus meredah hujan. Basah kuyup. Sampai di blok, tak jumpa kunci bilik, mula menggelabah, dalam fikiran terbayang bayang bagaimana jika kunci bilik hilang?? Ahhh tak sanggup aku nak meredah hujan buat kali kedua untuk mengambil kunci pendua di pejabat kolej, 

**

beberapa minit kemudian



mencari kunci, aku geledah setiap bahagian dalam beg, tapi TAK ADA! arghhh.. mula panik, masih tak puas hati, ketuk bilik member di tingkat bawah, untuk meneruskan misi pencarian KUNCI. Tapi hampa.

Jawabnya sila ke pejabat KOLEJ.

Basah kuyup. Sejuk. Terasa bagai nak demam. Aku memang alah dengan hujan. Hujan masih belum reda.


Pejabat masih on, setibanya aku betul-betul di kaunter. Menanyakan perihal tentang kunci tercicir.

assalamualaikum akak, salam diberi sebelum memulakan bicara, dan disambut oleh akak tu, tanpa memandang mukaku.

aku: Akak kunci bilik saya tercicir, tak tau letak kat  mana, macam mana ya kak?

akak kerani : sila bawak kad matrik pelajar untuk diberikan kunci pendua.

aku: habis tu bilik terkunci, kad matrik pun dalam bilik, cam mana saya nak dapatkan  kad matrik saya?

akak kerani: maaf, macam mana pun anda kena bawa kad matrik! tegas akak tu lagi.

aku: akak tolongla akak..sekarang hujan, macam mana saya mau cari kad matrik tu, lagipun hujan lebat, aku merayu. Walhal aku tahu rayuan aku itu tidak dipedulikan.

Hujan masih belum reda, dan mula lebat aku terpaksa akur dan naik semula ke blok kolej untuk dapatkan kad matrik.

******


Beberapa minit kemudian, datang kembali ke kaunter tersebut, setelah kad matrik aku berjaya dapatkan dari kawan aku.

Hampa, pejabat telah tutup. Bagaimana untuk aku dapatkan kunci bilik? cam mana aku nak masuk bilik jika tiada kunci pendua? persoalan itu terus bermain dalam benak fikiran.


Aku perlu berani, masuk dalam pejabat dan aku lihat masih ada staf belum pulang, hati mula tenang.


Aku dapatkan akak yang berurusan dengan ku tadi. Pelik, mengapa akak tu langsung tidak memandangku? adakah dia rasa bersalah melihat keadaanku yang kebasahan? entahlah.. hanya Allah sahaja yang tahu. Melihat akan tiada respon dari akak tu, aku terus dapatkan budak lelaki yang berada tidak jauh dari akak tadi, dan mereka begitu mesra.

Setelah aku berjaya dapatkan kunci pendua, aku diberi masa 20 minit untuk pulangkan kunci pendua ke pejabat.


Arghh.. terpaksa redah hujan lagi getus ku, apalah nasib badan. Aduhai sungguh malang nasibku ini..tapi tak apa, sekurang-kurangnya aku lega kerana aku telah berjaya untuk dapatkan kunci tersebut setelah melalui saat-saat yang mencabar. Aku tak kisah 20 minit yang diberi tu sudah memadai, dan tanpa melengahkan masa   aku ke bilik dan mencari kunci yang tercicir, Alhamdulillah, itu sahaja yang mampu ku ucapkan setelah melihat kunci bilikku berada dibawah katil,syukur! kalau tak melayang RM10 untuk kos denda dan untuk dapatkan kunci yang baru.


Hati mula lega, turun kembali ke pejabat kolej yang kira-kira jauhnya 1/2 km dari blok, untuk pulangkan kunci pendua yang dipinjamkan oleh pihak kolej.


Alhamdulillah, hujan mula reda, dan setelah sampai sahaja dibilik, air jernih mula gugur, aku tak tahu samaada air mata itu tanda gembira atau sedih, mungkin gembira sebab aku telah berjaya masuk ke bilik kembali, mungkin sedih kerana terkilan akan akak dan staf pejabat kolej, dan sedih kerana kejadian itu telah menyebabkan kakiku jadi krem, atau kebas yang teramat kerana terlalu sejuk,.tapi syukur...syukur..syukur...
itu sahaja yang mampu ku ucapkan.. ALHAMDULILLAH YA ALLAH!!




Akhir, aku doakan semoga akak itu diberi rahmat dan keberkatan oleh-NYA, dan semoga beliau sedar akan kesilapannya, dan semoga apa yang berlaku pada diri ini tidak berlaku kepada pelajar-pelajar lain.



SEKIAN,



noted:

-maaf cerita ini bukan berbaur kutukan atau apa-apa sahaja, cuma melahirkan rasa terkilan dengan sesebuah pengurusan.

-maaf ayat tunggang langgang, ini kerana penulis begitu letih dan penat ketika luahan ini ditulis.